JOM PAKAT NYANYI
1.
"Malaysia oh tanah air ku,
Tanah tumpah nya darah ku,
Negeri yang aman sentosa,
Terkenal di serata dunia.
................. "
2.
"Dari Perlis sampailah ke Sabah,
Kita sudah merdeka.
Dengar semboyan maha perkasa
Kita sudah merdeka.....
............... "
Beberapa contoh koleksi alunan lagu patriotik yang sungguh merdu. Namun berapa kalikah ianya dialunkan dicorong-corong radio, corong-corong tv, corong astro (bak stesen astro ada se je kat Malaysia), di pawagam-pawagam, di mana-mana majlis rasmi atau keramaian? (kat majlis orang meninggal dunia tak yah r. Kat situ elok dialunkan lagu 'selimut putih')
Ada?
Kat ne?
Bila?
Aku dah nyanyuk kot sebab aku dah lama tak dengar lagu-lagu itu walaupun aku peminat setia radio (kat ofis pun aku pasang radio melalui 'henpon'). Walaupun aku peminat tegar televisyen, pengunjung pawagam.
Habis tu kau tak nyanyuk ke? Dj-dj kat stesen radio? Penerbit-penerbit kat stesen tv? YB-YB dan ahli-ahli Parlimen , pak-pak Menteri dan menteri kat Kementerian P+++r+++a+ ?
Tak kan asyik ngan lagu cintan cintun jew saban hari dan waktu?
Lagu-lagu cinta pada negara caner?
peminat
Ahad, 16 September 2012
Bendera Kita di Ulang Tahun 55 Kemerdekaan
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Aku pernah ke negara jiran Thailand. Bukan pernah, tetapi selalu dan kerap juga. Namun paling jauh pun hanya setakat Yala (Tu pun sebab nak belajar berniaga barang kemas). Bukan pe, kerana aku sayang nak tinggalkan tanah tumpah darahku ini jauh-jauh dan lama-lama (hehehe.....). Pe senyum-senyum? Aku pegi ngan keluarga le bukannya dengan geng jantan.Aku pernah juga melawat ke kampung-kampung di sana. Apa yang aku lihat (selain yang lain-lain) walaupun rumah rakyat Thai tidaklah sehebat rumah kita kat Malaysia tetapi mereka tetap setia mengibarkan bendera negara mereka. Walau pun rumah hanya diperbuat daripada papan biasa, batang pokok, batang buluh dan beratapkan zin atau pun nipah dan hanya mempunyai satu bilik tidur namun bendera negara Thai tetap berkibar megah. Entah lah. Mungkin mereka mendapat bendera percuma atau bendera subsidi? Namun yang jelas, mereka tidak merasa segan, malu atau silu mengibarkan bendera negara sendiri.
Di Malaysia? Adush! Sendiri tau la.... Usahkan di bulan-bulan lain, di bulan merdeka pun hampir tiada kedapatan rumah persendirian yang mengibarkan Jalur Gemilang.
Kalau ada pun tentu akan dipandang 'ganjil' dan 'pelik'.
"Ish, rumah u pasang bendera?"
Mungkin itu ayat pertama kawan-kawan yang bertandang kerumah selepas salamnya dijawab. Paling tidak pun beliau akan senyum-senyum sambil jeling-jeling kat Jalur Gemilang yang sedang berkibar megah di depan villa kita tu. Jadi faham-faham je lah maksud senyuman tetamu kita tu.
"Patriotik tul kawan kita ni" celah sahabat yang sorang lagi.
"Banyak dapat projek kut tahun ni" sambung kawan yang sorang lagi disambut derai ketawa berair mata.....
"Ha-ha-ha......, jemput masuk, jemput masuk. Selamat hari raya maaf zahir batin. Lama tak jumpa....." Sabau je la sebab tuan rumah tak main projek, cuma seorang pesara mungkin. Lagipun baru pulang umrah agaknya. Nak 'naik' haji tak lepas kerana kuota dah penuh?
Itulah realiti kat Malaysia walau pun negara aman damai tak 'bedil' macam kat Siam.
Kadang-kadang (dan selalunya) aku tertanya-tanya dalam hati. Kenapa ye?
Adakah orang kita di Malaysia memang tiada rasa megah menjadi rakyat Malaysia?
Adakah rasa kecintaan kepada negara sudah luntur?
Adakah kita memang bangsa yang mudah lupa sebagaimana latah matan Perdana Menteri Malaysia "opocot! Melayu mudah lupa".
Lupa kepada jasa nenek moyang.
Lupa kepada jasa askar, polis, pasukan keselamatan. pejuang-pejuang kemerdekaan, ketua-ketua kampung, ahli-ahli politik, menteri-menteri, perdana menteri.
Lupa kepada nasihat ustaz dan tok-tok guru serta guru-guru masa di sekolah dahulu.
Lupa kepada diri sendiri.
TERLUPA bahawa 'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung'.
Label: minda, rakyat, malaysia,
guru,
lupa,
Malaysia,
Melayu,
Merdeka,
pejuang,
Perdana Menteri,
sekolah,
Tanah Air
Lokasi: Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
3, 16400 Melor, Kelantan, Malaysia
Rabu, 12 September 2012
Ulang Tahun Kemerdekaan ke 55 Malaysia
Ulang Tahun Kemerdekaan ke 55 Malaysia
Hari ini September, 2012 yang ke 12. Iaitu telah berlalu 12 hari setelah sambutan kemerdekaan ke 55.
Habis tu apa aku peduli? Atau pun, peduli apa aku? Nak merdeka ke, tak nak merdeka ke janji mesin ATM aku tetap setia memuntahkan not-not Ringgit Malaysia setiap 25 haribulan. Memang aku tak peduli sebab aku lahir selepas merdeka. Sebaik sahaja aku bangun tidur aku tidak perlu risau pada ancaman musuh-musuh negara. Yang aku risau jikalau 'henpon' aku tiada kredit. Yang aku risau kalau pemungut hutang kad kredit aku telepon.
Namun sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa Malaysia, yang bertutur bahasa Malaysia, yang hanya pandai baca 'subtitle' bila tonton tv citer 'omputeh', aku sepatutnya ambil peduli. Atau sekurang-kurangnya tolong ambil peduli bagi pihak generasi establish, generasi tak tahu diuntung, generasi yang tak pandai bersyukur. Lain lah halnya kalau generasi Y, memang dia orang tak tahu apa-apa.
31 Ogos, 2012. Hanya beberapa buah kereta sahaja yang sanggup pasang bendera Malaysia. Aku juga pasang bendera Malaysia kat antena kereta aku. Bangganya bila pengguna jalan raya lain asyik pandang kat kereta aku. Tapi aku tak sanggup untuk teruskan kerja murni aku itu bila mereka selepas pandang kereta aku terus tengok kat aku sambil tersenyum sinis.
Terasa pula macam aku ni orang tak berapa betul.
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Tapi jiwaku (dan jiwa mu) masih belum merdeka........ adush!
Label: minda, rakyat, malaysia,
guru,
lupa,
Malaysia,
Melayu,
Merdeka,
pejuang,
Perdana Menteri,
sekolah,
Tanah Air.
Lokasi: Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Selising, Pasir Puteh, 16400 Melor, Kelantan, Malaysia
Langgan:
Catatan (Atom)
