peminat

Memaparkan catatan dengan label Tanah Air.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tanah Air.. Papar semua catatan

Ahad, 16 September 2012

Lagu ku Lagu mu........? Lagumano?

JOM PAKAT NYANYI

1.
"Malaysia oh tanah air ku,
Tanah tumpah nya darah ku,
Negeri yang aman sentosa,
Terkenal di serata dunia.
................. "

2.
"Dari Perlis sampailah ke Sabah,
Kita sudah merdeka.
Dengar semboyan maha perkasa
Kita sudah merdeka.....
............... "

Beberapa contoh koleksi alunan lagu patriotik yang sungguh merdu. Namun berapa kalikah ianya dialunkan dicorong-corong radio, corong-corong tv, corong astro (bak stesen astro ada se je kat Malaysia), di pawagam-pawagam, di mana-mana majlis rasmi atau keramaian? (kat majlis orang meninggal dunia tak yah r. Kat situ elok dialunkan lagu 'selimut putih')

Ada?
Kat ne?
Bila?

Aku dah nyanyuk kot sebab aku dah lama tak dengar lagu-lagu itu walaupun aku peminat setia radio (kat ofis pun aku pasang radio melalui 'henpon'). Walaupun aku peminat tegar televisyen, pengunjung pawagam.

Habis tu kau tak nyanyuk ke? Dj-dj kat stesen radio? Penerbit-penerbit kat stesen tv? YB-YB dan ahli-ahli Parlimen , pak-pak Menteri dan menteri kat Kementerian P+++r+++a+ ?
Tak kan asyik ngan lagu cintan cintun jew saban hari dan waktu?
Lagu-lagu cinta pada negara caner?

Rabu, 12 September 2012

Ulang Tahun Kemerdekaan ke 55 Malaysia

Ulang Tahun Kemerdekaan ke 55 Malaysia


Hari ini September, 2012 yang ke 12. Iaitu telah berlalu 12 hari setelah sambutan kemerdekaan ke 55.

Habis tu apa aku peduli? Atau pun, peduli apa aku? Nak merdeka ke, tak nak merdeka ke janji mesin ATM aku tetap setia memuntahkan not-not Ringgit Malaysia setiap 25 haribulan. Memang aku tak peduli sebab aku lahir selepas merdeka. Sebaik sahaja aku bangun tidur aku tidak perlu risau pada ancaman musuh-musuh negara. Yang aku risau jikalau 'henpon' aku tiada kredit. Yang aku risau kalau pemungut hutang kad kredit aku telepon.

Namun sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa Malaysia, yang bertutur bahasa Malaysia, yang hanya pandai baca 'subtitle' bila tonton tv citer 'omputeh', aku sepatutnya ambil peduli. Atau sekurang-kurangnya tolong ambil peduli bagi pihak generasi establish, generasi tak tahu diuntung, generasi yang tak pandai bersyukur. Lain lah halnya kalau generasi Y, memang dia orang tak tahu apa-apa.

31 Ogos, 2012. Hanya beberapa buah kereta sahaja yang sanggup pasang bendera Malaysia. Aku juga pasang bendera Malaysia kat antena kereta aku. Bangganya bila pengguna jalan raya lain asyik pandang kat kereta aku. Tapi aku tak sanggup untuk teruskan kerja murni aku itu bila mereka selepas pandang kereta aku terus tengok kat aku sambil tersenyum sinis.
Terasa pula macam aku ni orang tak berapa betul.

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Tapi jiwaku (dan jiwa mu) masih belum merdeka........ adush!