Ulang Tahun Kemerdekaan ke 55 Malaysia
Hari ini September, 2012 yang ke 12. Iaitu telah berlalu 12 hari setelah sambutan kemerdekaan ke 55.
Habis tu apa aku peduli? Atau pun, peduli apa aku? Nak merdeka ke, tak nak merdeka ke janji mesin ATM aku tetap setia memuntahkan not-not Ringgit Malaysia setiap 25 haribulan. Memang aku tak peduli sebab aku lahir selepas merdeka. Sebaik sahaja aku bangun tidur aku tidak perlu risau pada ancaman musuh-musuh negara. Yang aku risau jikalau 'henpon' aku tiada kredit. Yang aku risau kalau pemungut hutang kad kredit aku telepon.
Namun sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa Malaysia, yang bertutur bahasa Malaysia, yang hanya pandai baca 'subtitle' bila tonton tv citer 'omputeh', aku sepatutnya ambil peduli. Atau sekurang-kurangnya tolong ambil peduli bagi pihak generasi establish, generasi tak tahu diuntung, generasi yang tak pandai bersyukur. Lain lah halnya kalau generasi Y, memang dia orang tak tahu apa-apa.
31 Ogos, 2012. Hanya beberapa buah kereta sahaja yang sanggup pasang bendera Malaysia. Aku juga pasang bendera Malaysia kat antena kereta aku. Bangganya bila pengguna jalan raya lain asyik pandang kat kereta aku. Tapi aku tak sanggup untuk teruskan kerja murni aku itu bila mereka selepas pandang kereta aku terus tengok kat aku sambil tersenyum sinis.
Terasa pula macam aku ni orang tak berapa betul.
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Tapi jiwaku (dan jiwa mu) masih belum merdeka........ adush!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan